Total Pageviews

Monday, February 7, 2011

Pencapaian dunia versus pencapaian akhirat

Apakah pencapaian yang paling Tuan -tuan dan Puan-puan banggakan di dalam hidup?
Beberapa jawaban muncul. Antara lainnya:
  • Saya berjaya mendapatkan MBA dari universiti luar negara (jawaban seorang ahli perniagaan )
  • Saya berjaya menggunakan formula -formula dari Dale Carnegie dalam hidup saya (jawaban seorang wanita 35 tahun)
  • Suami saya tak jadi kahwin dengan wanita kampung itu
  • Isteri saya tak berani menegur ke mana saya pergi lagi setelah saya membawa pulangan wang yang banyak.
Inilah antara jawaban -jawaban yang diterima. Seorang wanita hanya mendiamkan diri. Tidak memberikan apa-apa jawaban. Dia terus berlalu dari tempat itu  tanpa sepatah perkataan. Fasilitator menjadi hairan dan meminta izin dari yang lain untuk keluar mendapatkan wanita itu.

Tambah hairan fasiltator berkenaan apabila mendapati wanita itu menitiskan airmata.
 Tanpa diminta atau ditanya, wanita itu membuka mulutnya dan inilah kata-katanya,
" Saya seorang yang amat sedih dalam hidup ini. Saya bertambah sedih mendengar jawaban -jawaban dari rakan-rakan tadi...."
Fasilitator merasa bersalah kerana mungkin soalan tadi telah meletakkan wanita tadi pada tahap yang rendah kerana mungkin tahap pelajaran wanita itu tidaklah tinggi dan dia tidak mempunyai apa-apa pencapaian yang memberangsangkan yang boleh dibanggakan.

Fasiltator meminta maaf pada wanita itu dan memintanya jangan bersedih dan salah anggap kerana tiada tujuan untuk merendahkan sesiapa pun.

Wanita itu bersuara lagi" Bukan macam itu Tuan, bukan kerana itu kesedihan saya, tetapi... apa yang akan jadi pada anak-anak kita Tuan? Semua yang hadir hari ini saya percaya mempunyai anak dan keluarga.
Mengapa tiada seorang pun yang menjawab " Pencapaian saya yang membanggakan ialah saya berjaya menemui sebuah tempat untuk saya mengajar anak-anak saya  mengenal ilmu Allah. Tidak ada ke yang sedar bahwa tokoh yang perlu diikuti adalah Muhd bin Abdullah dan bukannya Dale Carnegie ke Og Mandino ke, El bono ke Stephen Covey dsbnya.?

Tuan , sekarang tuan fikir mengapa kita menghadapi masalah yang bukan-bukan dengan anak-anak kita khasnya remaja? Jawabannya kerana model atau mentor kita bukan Muhd bin Abdullah. Pengajaran yang dibawa oleh Muhd bin Abdullah adalah dari Allah.
Adakah Stephen Covey dan yang lainnya lebih bijaksana dan berilmu dari Allah SWT?   Maka tuan, ini adalah tanggugjawab kita untuk meniupkan kesedaran ini di dalam diri kita dan seterusnya menyampaikannya kepada anak-anak, keluarga dan orang-orang yang diseliling kita.

Fasilitator terdiam. Wanita itu pun meminta izin masuk ke dalam semula dan tanpa diundang mula bercakap di depan apa yang dikatakan  olehnya pada fasiltator tadi. Semua yang hadir terpaku , ada yang ternganga dan ada juga yang menitiskan airmata.
Wanita itu kemudiannya meminta  iziin untuk pulang. Semua yang berada di dalam kelas itu mengucapkan terima kasih kepada wanita itu.
Wanita yang mulia itu meminta mengucapkan syukur kepada Allah akan kesempatan ini dan dia terus hilang begitu sahaja....

Maka soalannya? Siapakah wanita ini?  Adakah siapa dia penting atau apa yang dibawakan olehnya penting?
Sama-samalah kita renungkan.....

No comments:

Post a Comment