Total Pageviews

Monday, February 14, 2011

valentines day

Wow! Anda dapat sejambak bunga dari kekasih.
kemana nak pergi malam ini ya? Candle light dinner di mana? Bunga ros bukan main lagi mahalnya. Tapi tak jadi masalah. Pada hari ini dan sebelumnya sekuntum bunga ros mencecah RM 30 sekuntum!

Seorang suami tinggal bersendirian di rumah menjaga anak-anaknya sementara isterinya telah keluar atas alasan kerja. Tetapi sebenarnya si isteri pergi menemui kekasihnya pada hari memperingati kekasih ini.

Bila isteri pulanh, dia membawa sejambak bunga dan wajahnya berseri-seri. Suami tidak berkata apa-apa tetapi hanya menelan air liur melihat isterinya yang bergaya seksi.

Dayuskah suami membiarkan isternya keluar bebas ke mana tanpa sebarang soalan? Atau inikah yang dikatakan masing-masing membawa hal masing-masing!

Jika benar, apakah ertinya ikatan perkahwinan?
Apa peranan suami ? Dan peranan isteri?

Wednesday, February 9, 2011

Kasihan.....inikah nasib wanita?

Suatu hari seorang ibu pulang dari pasaraya. Dia membawa beberapa beg plastik yang penuh dengan barangan. Anak lelakinya yang berumur 13 tahun turun dari kereta yang sama dan menutup pintu kereta. Terus si anak berjalan menuju ke pintu rumah meninggalkan si ibu sendiri membawa beg-beg plastik tadi.

Suaminya kebetulan baru pulang dari pejabat. Dia sedang duduk -duduk di ruang tamu memakan kacang tanah. Anak tadi duduk di sebelah bapa dan mula menonton TV.
Siibu tadi yang masih berada di luar pun masuk. Suami memandangnya dann berkata" Dah balik'!dan menyambung dengan memakan kacang tanpa  berganjak seinci pun, begitu juga dengan si anak.
Suami bersuara lagi" lapar, saya makan kacang je.. awak masak cepaat sikit ya?  Anak pun mencelah
'aaa saya pun lapar.

Isteri mengeluarkan barang-barang dari beg plastik, memasukkannya ke dalam peti ais dan terus memotong sayur dan ayam. Nasi pun dimasaknya juga.
Masakan pun siap , ibu ini mengeluarkan pinggan dan menghidangkannya di atas meja. Diambilnya dulang dan diisikan air, juga di bawa ke meja.

Mereka pun makan bersama-sama. Selesai makan, ibu ini membawa pinggan dan lauk pauk yang tidak habis ke dapur. Dia pun membasuh pinggan. Suami duduk di kerusi kekenyangan. Anak berbaring di sofa kekenyangan. 
Selesai membasuh pinggan, ibu keluar membawa penyapu dan mula menyapu di kawasan meja makan. Membersihkan meja dan lantai. Setelah itu, ibu mengeluarkan baju untuk di basuh. Baju yang sudah kering dibawa masuk dari ampaian. Terus digosoknya baju-baju untuk dipakai suami dan anak ke tempat kerja dan sekolah. Selesai menggosok, baju di dalam mesin pembasuh dijemur . Masuklah si ibu semula. Dia pun mengeluarkan sampah dari dapur dan membuangnya ke luar. Selesai, baru hendak duduk, suami meminta air sejuk. Isteri pun ke dapur dapatkan air sejuk untuk suami. Terjatuh di atas baju suami, dimarahi oleh suaminya.

Kasihan.....inikah suami anda? Inikah anak anda?

Sekiranya ya, anda perlu melakukan sesuatu..... sebelum stress melanda hidup anda.

Pegarah Drama syok sendiri

Seorang pelakon yang tidak begitu terkenal telah diberikan peluang untuk mengarah filem. Dia pun mengarah dan ghairah dalam pengarahannya sehingga dia terlupa bahawa dia tidak mempunyai ilmu di dalam bidang pengarahan. Untuk mengaku , jauh sekali kerana dia 'lagak' orangnya. Dia meneruskan kerja-kerja pengarahan.
Pap! Nampak betapa kurang ilmunya , skrip asal dicantas dan dicantas menurut rasanya yang lagak. Si penulis skrip yang menulis skrip ingin sahaja melapurkannya kepada badan yang tertentu, tetapi ingin melihat juga hasil karya orang yang lagak lebih ini. Si penulis skrip meminta bantuan beberapa orang pengrah yang memenagi award disamping membayar upah seorang 'doktor skrip' yang terkenal di Malaysia untuk membantu mengeluarkan sebuah skrip bermutu tetapi dicantas dan diperlekeh  kebolehan orang lain kerana hanya kawan dan rakannya sahaja yang tahu segala.

Si pengarah yang lagak ini, merasakan inilah saatnya untuk dia menunjukkan kepada rakan-rakan bahawa dia berbakat besar . Lalu dicantasnya skrip itu semahunya atas alasan cerita terlalu panjang dan macam-macam. Si penulis skrip pada mulanya bersetuju untuk membuang watak-watak yang tidak penting di dalam skrip tersebut untuk menjimatkan kos penggambaraan, tetapi apabila isi skrip dicantas mengikut rasa pengarah lagak ini,  si penulis mengingatkan kepada pengarah lagak bahawa skrip terakhir telah disunting oleh pengarah yang memenangi beberapa award, pengarah lagak ini seolah tidak dapat menerima bahawa skrip itu telah disunting dan tidak memerlukan suntingan lagi kerana telah dibuat dan diteliti oleh pakar.

Dia tidak mengendahkkannya dan terus menggunakan skrip versinya sendiri untuk penggambaran. Penulis skrip hanya ingin menunggu dan melihat  keputusan permainan si lagak  yang menjadi bodoh sombong ini!

Pap! sampai pada editing  (suntingan) hancur semuanya. Mutu penggambaran 'rendah', continuiti habis, cerita jadi haprak, pemotongan 'kasar' . Peliknya  dia menyalahkan si penulis skrip. Hello saudara lagak! , penulis skrip melakukan kerja -kerja pemotongan ke?
 penulis skrip jaga props ke? Penulis skrip jaga pergerakan pelakon ke? 
Kalau awak dha tak berilmu tak usah bercakap lah... Jadi lagi teruk.


 Yang peliknya, ditipunya produser  dengan mengatakan apabila pihak stesen memberikan kata persetujuan barulah dibuat betul-betul, masuk itu dan ini.


Wahai pengarah yang lagak dan bodoh sombong!Sampai bila hendak berlagak? Nanti akan diketahui orang juga betapa tidak berilmunya anda.!
Wah, bukan main ghairahnya dia  hendak mengarah cerita yang lebih berat lagi dan berlakon sekali! Lepas itu upah dia mengarah diletakkan lebih tinggi dari pengarah memenagi award!

INGAT! Anda akan hancur di dalam keangkuhan anda!

Monday, February 7, 2011

Pencapaian dunia versus pencapaian akhirat

Apakah pencapaian yang paling Tuan -tuan dan Puan-puan banggakan di dalam hidup?
Beberapa jawaban muncul. Antara lainnya:
  • Saya berjaya mendapatkan MBA dari universiti luar negara (jawaban seorang ahli perniagaan )
  • Saya berjaya menggunakan formula -formula dari Dale Carnegie dalam hidup saya (jawaban seorang wanita 35 tahun)
  • Suami saya tak jadi kahwin dengan wanita kampung itu
  • Isteri saya tak berani menegur ke mana saya pergi lagi setelah saya membawa pulangan wang yang banyak.
Inilah antara jawaban -jawaban yang diterima. Seorang wanita hanya mendiamkan diri. Tidak memberikan apa-apa jawaban. Dia terus berlalu dari tempat itu  tanpa sepatah perkataan. Fasilitator menjadi hairan dan meminta izin dari yang lain untuk keluar mendapatkan wanita itu.

Tambah hairan fasiltator berkenaan apabila mendapati wanita itu menitiskan airmata.
 Tanpa diminta atau ditanya, wanita itu membuka mulutnya dan inilah kata-katanya,
" Saya seorang yang amat sedih dalam hidup ini. Saya bertambah sedih mendengar jawaban -jawaban dari rakan-rakan tadi...."
Fasilitator merasa bersalah kerana mungkin soalan tadi telah meletakkan wanita tadi pada tahap yang rendah kerana mungkin tahap pelajaran wanita itu tidaklah tinggi dan dia tidak mempunyai apa-apa pencapaian yang memberangsangkan yang boleh dibanggakan.

Fasiltator meminta maaf pada wanita itu dan memintanya jangan bersedih dan salah anggap kerana tiada tujuan untuk merendahkan sesiapa pun.

Wanita itu bersuara lagi" Bukan macam itu Tuan, bukan kerana itu kesedihan saya, tetapi... apa yang akan jadi pada anak-anak kita Tuan? Semua yang hadir hari ini saya percaya mempunyai anak dan keluarga.
Mengapa tiada seorang pun yang menjawab " Pencapaian saya yang membanggakan ialah saya berjaya menemui sebuah tempat untuk saya mengajar anak-anak saya  mengenal ilmu Allah. Tidak ada ke yang sedar bahwa tokoh yang perlu diikuti adalah Muhd bin Abdullah dan bukannya Dale Carnegie ke Og Mandino ke, El bono ke Stephen Covey dsbnya.?

Tuan , sekarang tuan fikir mengapa kita menghadapi masalah yang bukan-bukan dengan anak-anak kita khasnya remaja? Jawabannya kerana model atau mentor kita bukan Muhd bin Abdullah. Pengajaran yang dibawa oleh Muhd bin Abdullah adalah dari Allah.
Adakah Stephen Covey dan yang lainnya lebih bijaksana dan berilmu dari Allah SWT?   Maka tuan, ini adalah tanggugjawab kita untuk meniupkan kesedaran ini di dalam diri kita dan seterusnya menyampaikannya kepada anak-anak, keluarga dan orang-orang yang diseliling kita.

Fasilitator terdiam. Wanita itu pun meminta izin masuk ke dalam semula dan tanpa diundang mula bercakap di depan apa yang dikatakan  olehnya pada fasiltator tadi. Semua yang hadir terpaku , ada yang ternganga dan ada juga yang menitiskan airmata.
Wanita itu kemudiannya meminta  iziin untuk pulang. Semua yang berada di dalam kelas itu mengucapkan terima kasih kepada wanita itu.
Wanita yang mulia itu meminta mengucapkan syukur kepada Allah akan kesempatan ini dan dia terus hilang begitu sahaja....

Maka soalannya? Siapakah wanita ini?  Adakah siapa dia penting atau apa yang dibawakan olehnya penting?
Sama-samalah kita renungkan.....

Sunday, February 6, 2011

anak anak jangan dibiarkan lama sendirian

Seorang rakan mempunyai 2 orang anak lelaki berumur 8 dan 10 tahun. Pasangan suami isteri ini amat sayang pada mereka. Dibelikan ps3, psp, xbox laptop dan telefon bimbit. Saban hari, anaknya dibiarkan sendirian bermain-main dan melayari internet.

Alangkah terperanjatnya pasangan ini apabila mereka pulang dari kerja dan mendapati anak-anaknya melayari facebook dan berbualbual  mengenai benda-benda lucah pada tahap umur mereka sebegitu muda.

Apabila terjadi demikian , mereka mula mencari perisai computer (parental control kalau tak silap) dan mula meneliti permainan psp. Grand theft Auto jadi kegemaran anak-anaknya! Sekali lagi mereka mengurut dada. Betapa kandungan permainan itu tersangatlah ganas dan mendidik anak-anak ke arah keganasan.

Ibubapa ini mengakui kesilapan mereka selama ini dan mula mencuba mengisi dan meluangkan masa dengan anak-anak mereka. Mereka cuba melakukan aktiviti bersama sekurang-kurangnya untuk 3 jam seminggu. Makan bersama dan tidur pada waktu yang sama walaupun berlainan bilik.

Anak-anak mereka pada mulanya merasa geram dan janggal kerana waktu mereka dihadkan dan mereka tidak sebebas dahulu. Semakin biasa, anak-anak ini menjadi semakin rapat dengan ibubapa mereka dan mula menunjukkan 'bonding'. Ibubapa mula belajar solat dengan tekun dan cuba mengajak anak-anak yang dahulunya tidak pernah diajar 'mengucap' . Kini mereka lebih tenang dan ceria.

Alhamdulilah ibubapa ini sedar sebelum terlambat.

Saturday, February 5, 2011

pengajaran besar-

Aku teringat akan satu short filem yang meninggalkan pengajaran besar kepada aku. Dan aku pasti, ianya patut dijadikan pedoman khasnya kepada mereka yang tidak pernah tahu atau mahu menghargai apa yang dikurnaiNya.

tuhan berbicara dengan ku tentang keikhlasan dan kesabaran



Hatiku berdebar debar menahan sabar. Peluh seram sejuk mula terasa. Aku ingin sahaja mengangkat telefon dan memarahi pembantu rumahku kerana membenarkan anak-anaku bermain psp semasa ketiadaan aku di rumah. Aku menahan tanganku dari mengambil telefon bimbit. Aku alihkan tanganku dari telefon kepada butang cd dalam kereta. Aku dengarkan cd yang terdapat di dalam keretaku. Entah cd apa aku pun tak ingat kerana anak-anakku dan suami yang menggunakan kereta semalam. Ku buka cd...Sejuk hati bila aku mendengar cd zikir di dalamnya. Perlahan-lahan api kemarahan aku reda - jadi lembut hati ku. Aku terus memuji keesaan Allah. Kenapalah aku jadi manusia yang macam ini? Aku mesti berbaik sangka terhadap orang-orang disekeliling aku terutamanya keluarga aku. Aku kira pasti anak aku telah mendengar cd lagu 'lady gaga' ke atau apa-apa artis luar negara yang liar!
Aku balik ke rumah dan terus mencari cd yang sama di dalam Youtube. Ahhh! Aku berjaya menemuinya untuk dikongsikan bersama.
Pada yang memuatkan zikir ini didalam youtube, aku doakan Allah memberkati anda. Usaha anda banyak pahalanya.