Total Pageviews

Wednesday, February 9, 2011

Kasihan.....inikah nasib wanita?

Suatu hari seorang ibu pulang dari pasaraya. Dia membawa beberapa beg plastik yang penuh dengan barangan. Anak lelakinya yang berumur 13 tahun turun dari kereta yang sama dan menutup pintu kereta. Terus si anak berjalan menuju ke pintu rumah meninggalkan si ibu sendiri membawa beg-beg plastik tadi.

Suaminya kebetulan baru pulang dari pejabat. Dia sedang duduk -duduk di ruang tamu memakan kacang tanah. Anak tadi duduk di sebelah bapa dan mula menonton TV.
Siibu tadi yang masih berada di luar pun masuk. Suami memandangnya dann berkata" Dah balik'!dan menyambung dengan memakan kacang tanpa  berganjak seinci pun, begitu juga dengan si anak.
Suami bersuara lagi" lapar, saya makan kacang je.. awak masak cepaat sikit ya?  Anak pun mencelah
'aaa saya pun lapar.

Isteri mengeluarkan barang-barang dari beg plastik, memasukkannya ke dalam peti ais dan terus memotong sayur dan ayam. Nasi pun dimasaknya juga.
Masakan pun siap , ibu ini mengeluarkan pinggan dan menghidangkannya di atas meja. Diambilnya dulang dan diisikan air, juga di bawa ke meja.

Mereka pun makan bersama-sama. Selesai makan, ibu ini membawa pinggan dan lauk pauk yang tidak habis ke dapur. Dia pun membasuh pinggan. Suami duduk di kerusi kekenyangan. Anak berbaring di sofa kekenyangan. 
Selesai membasuh pinggan, ibu keluar membawa penyapu dan mula menyapu di kawasan meja makan. Membersihkan meja dan lantai. Setelah itu, ibu mengeluarkan baju untuk di basuh. Baju yang sudah kering dibawa masuk dari ampaian. Terus digosoknya baju-baju untuk dipakai suami dan anak ke tempat kerja dan sekolah. Selesai menggosok, baju di dalam mesin pembasuh dijemur . Masuklah si ibu semula. Dia pun mengeluarkan sampah dari dapur dan membuangnya ke luar. Selesai, baru hendak duduk, suami meminta air sejuk. Isteri pun ke dapur dapatkan air sejuk untuk suami. Terjatuh di atas baju suami, dimarahi oleh suaminya.

Kasihan.....inikah suami anda? Inikah anak anda?

Sekiranya ya, anda perlu melakukan sesuatu..... sebelum stress melanda hidup anda.

1 comment:

  1. wau!!!! sungguh dahsyat. ini bukan suami /isteri ini dah jadi kes bos & kuli. bukankah perkahwinan itu satu perkongsian.perempuan ni sebenarnya seorang mangsa dia bukannya di anggap isteri. itula kan kalau orang yang tak tahu pasal hak2 seorang isteri atau pun hak asasi manusia..kes buli begini bukan hanya di rumah malahan di pejabat. oleh itu belajar lah berkata2 TIDAK BOLEH/SAYA TAK MAHU/AWAK KENA TOLONG SAYA PADA MASA YG SESUAI.kalau diam je jadi pak turut,dia ingat kita selesa dgn keadaan itu. Kita akhirnya makan dalam lama-lama jadi giler...!!!!!!!!!!. (definisi mangsa-ialah org yg menyerah dan membenarkan org lain ambil kesempatan pada dirinya.dan dia tidak cuba mencegah, mengawal dan perhatikan keadaan di sekelilingnya)
    sebenarnya kita yang mengawal keadaan,bukannya keadaan yg mengawal kita. yg penting kita mesti tahu apa hak kita & apa hak org lain. kita selalu menyalahkan org lain.tetapi lihat lah kedalam diri sendiri dahulu.Kalau kita tak tahu menghormati diri sendiri, orang lain apa peduli dgn kita. Ada dia kisah?!!!!

    ReplyDelete