Total Pageviews

Sunday, February 6, 2011

anak anak jangan dibiarkan lama sendirian

Seorang rakan mempunyai 2 orang anak lelaki berumur 8 dan 10 tahun. Pasangan suami isteri ini amat sayang pada mereka. Dibelikan ps3, psp, xbox laptop dan telefon bimbit. Saban hari, anaknya dibiarkan sendirian bermain-main dan melayari internet.

Alangkah terperanjatnya pasangan ini apabila mereka pulang dari kerja dan mendapati anak-anaknya melayari facebook dan berbualbual  mengenai benda-benda lucah pada tahap umur mereka sebegitu muda.

Apabila terjadi demikian , mereka mula mencari perisai computer (parental control kalau tak silap) dan mula meneliti permainan psp. Grand theft Auto jadi kegemaran anak-anaknya! Sekali lagi mereka mengurut dada. Betapa kandungan permainan itu tersangatlah ganas dan mendidik anak-anak ke arah keganasan.

Ibubapa ini mengakui kesilapan mereka selama ini dan mula mencuba mengisi dan meluangkan masa dengan anak-anak mereka. Mereka cuba melakukan aktiviti bersama sekurang-kurangnya untuk 3 jam seminggu. Makan bersama dan tidur pada waktu yang sama walaupun berlainan bilik.

Anak-anak mereka pada mulanya merasa geram dan janggal kerana waktu mereka dihadkan dan mereka tidak sebebas dahulu. Semakin biasa, anak-anak ini menjadi semakin rapat dengan ibubapa mereka dan mula menunjukkan 'bonding'. Ibubapa mula belajar solat dengan tekun dan cuba mengajak anak-anak yang dahulunya tidak pernah diajar 'mengucap' . Kini mereka lebih tenang dan ceria.

Alhamdulilah ibubapa ini sedar sebelum terlambat.

No comments:

Post a Comment